unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 25 November 2015

KOS SEBENAR BUAT CECAIR VAPE DIBONGKAR

No comments :

Kos sebenar buat cecair vape didedahkan | Hanya bermodalkan serendah RM4, pengusaha cecair vape boleh mengaut keuntungan berlipat ganda dan hanya memerlukan 15 minit untuk memproses cecair perisa yang kini menjadi kegilaan penggemar vape.

Menurut seorang tukang bancuh atau ‘brewer’ yang enggan dikenali, dia mula menjadi ‘saintis’ memproses cecair vape sejak akhir tahun lalu di ‘makmal’ di rumahnya dengan hanya bermodalkan RM300 memetik Harian Metro.

GAMBAR menunjukkan cara pembuatan cecair perisa vape

“Saya mempunyai ‘makmal’ membancuh dan memproses perisa dan hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit saja untuk proses penyediaan. Saya belajar daripada laman web YouTube.

“Tambahan pula, bahan memproses perisa vape ini sangat mudah didapati seperti di kedai pembekal barangan kek, farmasi dan kilang,” katanya.

Menurutnya, kualiti perisa bergantung kepada jenis dan jenama perisa yang digunakan untuk menghasilkan perisa vape yang terbaik.

No comments :

Post a Comment