unclemaniam.blogspot.com

Thursday 12 November 2015

"KOMEN M. NASIR MENGAIBKAN DAN MENJATUHKAN MARUAH KELUARGA"

No comments :


Penyanyi, Datuk M. Nasir digesa membuat permohonan maaf secara terbuka selepas keterlanjuran mereka memberi komen terhadap persembahan Sheeda pada konsert Gegar Vaganza minggu lalu.

Anak kepada penyanyi Sheeda, iaitu Bienda menyifatkan komen juri pada malam ini amat mengaibkan dan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian," ujarnya memetik mStar.

Ahad lalu, Sheeda menyanyikan lagu Tiada Lagi bersama penyanyi jemputan Aweera.



Sebaik sahaja selesai persembahan, M. Nasir memberikan komen putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja yang kemudiannua disambut ketawa audiens dan dibalas oleh AC Mizal dengan berkata; "aku dah agak dah... aku dah agak dah..."

Wajah Sheeda juga dikatakan berubah sebaik sahaja menerima komen dua juri berkenaan.

"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta.

"Saya tidak faham orang yang sering menhentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.

"Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial," ujarnya. - SUMBER

No comments :

Post a Comment