unclemaniam.blogspot.com

Thursday 12 November 2015

"HANTAR AYAH KE AS, BIAR AYAH TANGKAP ALVIN" - RANI KULUP

No comments :



SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup atau lebih dikenali dengan gelaran Ayahanda Rani Kulup menawarkan diri untuk dihantar ke Amerika Syarikat untuk menangkap blogger kontroversi, Alvin Tan.

Rani Kulup berkata ini kerana laporan polis yang dibuat selama ini tidak diendahkan dan cara terbaik adalah beliau sendiri pergi menangkap Alvin.

"Kalau kerajaan tidak sanggup, biar ayah yang pergi tangkap, cuma kerajaan kena beri ayah duit untuk ke sana kerana ayah tidak mempunyai wang," katanya memetik laporan Sinar Online.

Hari ini kecoh di media sosial gambar Alvin Tan menggunakan keratan kertas ayat suci Al-Quran untuk membuang najisnya.

Rani Kulup turut memohon bantuan rakyat Malaysia yang mengetahui kedudukan Alvin untuk berkongsi maklumat tersebut dengan pihak berkuasa.

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersepakat bersama memudahkan tangkapan terhadap Alvin, kongsi di mana dia berada sekarang sekiranya ada sebarang maklumat, tindakannya sekarang sangat biadab, jijik dan tidak boleh dimaafkan," katanya. - sumber

No comments :

Post a Comment