unclemaniam.blogspot.com

Monday 30 November 2015

"ADA SEBAB MENGAPA SUAMI TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DEWAN BERSALIN" - HSB

No comments :


Susulan viralnya aduan seorang wanita mengenai tahap perkhidmatan Hospital Sungai Buloh (HSB) di bahagian Dewan Bersalin dan Wad, pihak pengurusan HSB telah mengaturkan pertemuan dengan Puan Nur Mas Khairana pada 27 November 2015, Jumaat lalu.

Pertemuan itu diadakan bagi tujuan mendapatkan penjelasan mengenai aduan yang dimuat naik di laman Facebook Khairana Rahman pada 21 November 2015.

Menurut Pakar Perubatan Obstetrik dan Ginekologi, suami tidak dibenarkan masuk ke Dewan Bersalin untuk menemani isteri sekiranya bukaan belum mencecah 10 sentimeter selain disebabkan beberapa faktor lain seperti bilangan pesakit yang ramai, menjaga maruah dan privasi pesakit serta memastikan ibu dan kandungannya berada dalam keadaan selamat.

"Panggillah suami dia ni. Semak! Dari tadi dok nak daddy nak daddy," jururawat bertugas yang didakwa berkata sedemikian kepada pengadu pada ketika itu.

Aduan pengadu mengenai layanan jururawat yang kurang memuaskan juga akan diambil tindakan oleh Unit Penyelia Jururawat.

Menjawab aduan mengenai pengadu tidak dibenarkan discharge pula, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi memaklumkan adalah SOP Dewan Bersalin HSB menetapkan bahawa setiap pesakit yang berada di dalam Dewan Bersalin tidak dibenarkan untuk discharge bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Dalam pertemuan itu, pengadu juga telah memberikan beberapa cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan hospital. Namun terdapat cadangan yang diberi telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan HSB. Manakala terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan masih dalam proses permohonan seperti memohon penambahan kakitangan, pembukaan wad baru dan penambahbaikan kemudahan di Dewan Bersalin dan wad.

Menurut Pengurusan HSB, pihaknya tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai perkarai tu dari pengadu sebelum ini (sebelum viral). Walau bagaimanapun HSB amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan dihantar kepada pihaknya. - SUMBER

No comments :

Post a Comment