Maniam

unclemaniam.blogspot.com

Showing posts with label VIRAL. Show all posts

Sunday, 20 March 2016

"FILEM BUJANG LAPOK ADA 4 WAHAI CLEVER GIRL"

1 comment :


Siapa tonton program Clever Girl malam tadi? Sangkakan kejadian minggu lalu akan memberi pengajaran kepada mereka, namun masih tidak berubah bila mana netizen sekali lagi mengkritik 'kecerdikan' soalan yang diberikan kepada peserta program itu.

Soalan yang diberikan adalah berapa banyakkah filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok.

Jawapan yang diberikan oleh peserta Clever Girl adalah, tiga dan jawapan itu disahkan betul oleh hos program, Alif Satar.

Bagaimanapun, peminat tegar filem klasik Bujang Lapok tampil menafikan jawapan itu dengan memuat 4 koleksi filem BUjang Lapok seperti:

Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Seniman Bujang Lapok
Ali Baba Bujang Lapok

"Soalan di Clever Girl Malaysia, berapa filem P.Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok. Jawapan yang diberikan adalah 3. Masalahnya jawapan itu salah. Sebenarnya ada 4. Ini buktinya. Saya ada koleksi filem P.Ramlee tau. Jawapannya 4, bukan 3," kata Iffah Halim.

Justeru, netizen sekali lagi mempersoalkan soalan yang diberikan itu benar-benar menguji minda atau sekadar menepati dakwaan bahawa Clever Girl hanya sekadar Game Show bagi memenuhi slot malam Ahad TV3?

Terdahulu di minggu pertama Clever Girl, netizen mempersoalkan tahap kecerdikan pesertanya yang dilihat tidak mengenali Mahatma Gandhi serta tidak mengetahui bilangan negara yang terdapat dalam kepulauan Borneo. - SUMBER

"RAYANI AIR, INDAH KHABAR DARI RUPA"

No comments :


PUTRAJAYA - Tindakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga mendatangkan masalah kepada penumpang yang telah merancang perjalanan mereka dikritik oleh netizen termasuk, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Melalui laman Facebooknya beliau berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.

"Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi perlu menunaikan janji dan menepati masa yang menjadi salah satu prinsip syariah.

"Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah. Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk dipergadangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.

"Jangan sewenang-wenangnya menggunakan perlambangan dan penglabelan Islam untuk melariskan jualan. Perkara ini ditegah keras oleh Rasulullah SAW," katanya pada Jumaat lalu. - SUMBER

Tuesday, 15 March 2016

UPDATE: FIREFLY RESPON ISU IKLAN GUNA PUNGGUN WANITA

No comments :

KUALA LUMPUR - Gara-gara menerbitkan iklan yang mengandungi unsur seksis, Jumaat lalu, syarikat penerbangan tambang rendah, Firefly Airlines membuat permohonan maaf, semalam.

Iklan yang menawarkan diskaun dari 10% - 60% bagi setiap penerbangan ke pelbagai destinasi itu dikritik netizen kerana tawaran tulisan 10%-50% itu dipamer pada punggung pramugarinya.

"Kami di Firefly tidak berniat untuk menjadi seksis dalam cara menjalankan perniagaan kami.

"Kami menyesal iklan kami baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak dan oleh itu kami memohon maaf," jelas kenyataan rasmi Firefly, semalam. - SUMBER

"HENTI FITNAH PEKERJA SAYA !"

No comments :

KLANG - Tindakan seorang individu memuat naik gambar dua lelaki menunggang motosikal Yamaha LC 135 dan pemboncengnya memegang objek yang didakwa parang di laman Facebook, telah menimbulkan fitnah.

Gambar yang telah viral meluas di media sosial itu mendakwa dua lelaki terbabit mempunyai niat yang jahat kerana membawa objek tajam tersebut di Klang Utama dan Aman Perdana.

Lela Balqis, tampil memberikan penjelasan bahawa dua lelaki terbabit adalah pekerja suaminya. Bukan penjenayah seperti yang didakwa di media sosial.

"Mohon semua agar tidak menyebarkan gambar mereka ini sebab mereka adalah pekerja suami saya yang bekerja dengan kontraktor pembersihan kawasan di Aman Perdana.

"Mereka bekerja memotong/mencantas pokok bunga. Mereka bawa alatan itu untuk buat kerja. Bukannya untuk melakukan jenayah. Mereka memang berkerja setiap hari di kawasan itu.

"Sekarang mereka takut untuk keluar bekerja. Kesian sangat-sangat. Saya harap mana-mana individu yang memuat naik gambar itu dapat membuang gambar itu segera," kata Lela. - SUMBER

Saturday, 12 March 2016

UPDATE: "KAU SANGGUP TINGGALKAN AKU DEMI MERAMPAS SUAMI ORANG"

No comments :

Ingatkan sudah tamat kes Quyun Zulkifly, wanita yang diceraikan dengan talak 3 oleh bekas suaminya yang telah hilang selama tiga bulan rupa-rupanya berkahwin lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
"AKHIRNYA SAYA DICERAIKAN TALAK 3"
CERITA SEBENAR SUAMI KANTOI KAHWIN LAIN, ISTERI MENGAMUK DI MAJLIS PERSANDINGAN (VIDEO)

Terbaru, muncul pula bekas teman lelaki wanita yang didakwa sebagai perampas dan penghancur rumah tangga Quyun Zulkifly.

Yazid, barangkali berang dan terasa itulah balasan terhadap wanita bernama Norshahida Tohair, mendedahkan sikapnya yang angkuh dan kini telah memakan dirinya.

"Dulu semasa kau kantoi curang, kau minta putus. Kau kata aku tidak menghargai kau. Aku pujuk, ingatkan kau boleh berubah sikap, tetapi kau bersikap angkuh pula. Mention pula bukan perampas hak orang. Sekarang, tengok apa yang terjadi? Suami orang juga yang kau nak.

"Kau sanggup tinggalkan aku demi suami orang. Bajet-bajet macam ramai lelaki nak kat kau balik. Padahal kau yang gila nak laki orang. Sekarang satu Malaysia kenal siapa kau, perampas!" kata Yazid yang turut memuat naik gambar mesej terakhir dari bekas teman wanitanya itu.



"Aku tak nak ingat apa-apa lagi pasal kau. Aku harap kau dapat mulakan kehidupan baru kau tanpa aku dan tolong bebaskan aku memilih jalan hidup aku sendiri. Anggaplah antara kita sudah tiada jodoh.

"Kalau kau dulu tuduh aku curang pada kau, kau silap Yazid. Memang aku mengaku ramai bekas teman lelaki aku mahu bersama aku kembali dan mengharapkan seperti mana kau mahu sekarang ini. Mereka melamar aku, nak kahwin dengan aku tetapi aku tolak sebab aku tak nak, sebab aku bukan perampas.

"Memang seseorang yang kita terlalu sayang itu tiada ada gantinya. Kau takkan mampu mendapat seseorang yang sama seperti mana yang aku korban untuk kau selama ini," kata Norshahida.

Sementara itu, Quyun Zulkifly turut mengeluarkan kenyataan melalui Facebooknya.

"Newsfeed tetiba keluar status ini. Nroshahida Tohair? Macam kenal, tengok gambar lagilah kenal. Gilalah namanya kalau tak kenal kan? Patutlah. Nak nangis baca mesej yang dia hantar pada bekas teman lelaki. Hahaha! Moga korang berdua bahagia selamanya di atas penderitaan yang kau orang beri pada aku, terima kasih," katanya.

Muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya ahli keluarga pihak pengantin perempuan mempersoalkan tindakan laman Yazid memuat naik kisah lama itu di media sosial.



"Kenapa mesti mengaibkan keluarga pengantin perempuan? Untuk tujuan apa? Dah rasa diri itu sempurna sangat ke macam mana? Atau nak lanjutkan ke pihak berkuasa?" ugutnya. - SUMBER

CERITA SEBENAR REMAJA KANTOI RAKAM WANITA DALAM TANDAS DI PASARAYA LANGKAWI

No comments :


Seorang remaja ditahan selepas kantoi merakam aksi wanita membuang air kecil di tandas sebuah Pasaraya di Langkawi. Mengikut info yang diterima Suspek sebelum ini telah melakukan perkara yang sama berikutan koleksi video didalam telefon bimbitnya. Suspek telah diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Mana kala seorang pengguna facebook Lavender Violet mengatakan bahwa salah seorang mangsa adalah rekannya.

“Hati2 warga LSS kes terbaru budak baju oren ni buat cubaan berani mati nk skodeng budak pempuan dalam toilet….siap dok record guna phone lagi…banyak da video mangsa2 lain dalam phone dia …si mangsa member sy plak tu..haish geram plak aku ngan budak x cukup akai ni ….budak ni da kat balai da lani….tempat kejadian kat Parade toilet tingkat 3….kepada kaum hawa, hati2 bila masuk toilet awam, bawa kawan ramai2 pi teman….pengajaran buat diri sendiri….take note..”


Masih dalam kes yang sama seorang lelaki warga asing ditahan setelah mengintai tandas perempuan di AEON Bandar Tun Hussien Onn.

Mangsa yang mendongak ke atas melihat lelaki itu terus menjerit dan mengadukannya pada pihak security,dalam siasatan suspek cuba memberikan alasan salah masuk tandas.

PROMOSI TIKET MURAH GUNA PUNGGUNG WANITA, FIREFLY DIKRITIK PENGGUNA

No comments :

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Strategi tawaran tiket murah yang diiklankan oleh syarikat penerbangan kos rendah Firefly nampaknya tidak membuatkan pengguna teruja.

Sebaliknya potongan harga itu, sehingga 60 peratus, di punggung wanita berpakaian skirt dipertikaikan pengguna Facebook yang melawat laman iklan tersebut sejak semalam.

Susulan reaksi negatif pengguna, iklan itu tidak lagi dimuatkan di Facebook ketika Malay Mail Online menyemaknya hari ini.

Iklan yang dimuatkan di laman rasmi Firefly di media sosial itu memaparkan dua bahagian belakang wanita: satunya bertulis 50%, manakala satu lagi 10%.

Di sisi kanan imej punggung wanita itu, tertulis “Oooppss.. We Did It Again”.

Iklan anak syarikat Malaysia Airlines Berhad itu menawarkan potongan bagi semua penerbangan untuk semua destinasi. Tawaran itu terhad tiga hari sehingga 13 Mac ini, bagi penerbangan sehingga Mac 2017.

Grafik iklan itu, yang disertakan tulisan “kami beri lagi tambahan 10 peratus potongan untuk anda”, rata-ratanya mengundang reaksi negatif pengguna Facebook.

Heather Smeaton menyifatkan iklan itu amat seksis dan tidak menghormati wanita.

“Tawaran yang dicetak di punggung pramugari memberi tanggapan buruk tentang bagaimana pandangan anda terhadap kakitangan wanita dan wanita umumnya,” tulisnya. “Saya rasa anda perlu sediakan iklan baru”.

Eroul Ismail: “Saya marah dengan gambar ini, bukan promosi yang ditawarkan. Sila tukar gambar sebelum ia bertukar viral. Alamak!”

Zack Zainu: “Idea siapa ini? Nampak macam salah dan tidak OK.”

Lysa Abdullah: “Kenapa punggung!???”



Firefly mendapat kritikan pengguna Facebook susulan iklan promosi harga potongan yang menggunakan imej punggung wanita.

Malay Mail Online sejak semalam cuba mendapat reaksi daripada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu berhubung iklan-iklan tersebut.

Iklan terbaru ini, yang turut dimuatkan di laman web rasmi, kali kedua Firefly menggunakan imej punggung wanita untuk menawarkan potongan harga.

Pada 7 Mac lalu, syarikat itu menawarkan diskaun 50 peratus sempena pameran pelancongan terbesar Matta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dengan tulisan “Come grab it real fast”, atau “mari dapatkannya cepat-cepat”.

Angka itu diletakkan di punggung pramugari yang berpakaian oren, warna rasmi Firefly, membayangkan wanita itu terkena cat “50 per cent off” selepas duduk di bangku.

Iklan ini sudah mendapat reaksi-reaksi negatif pengunjung laman tersebut yang menganggapnya seksis dan tidak wajar.

Mengulas iklan-iklan tersebut, Adriene Leong menulis: “Iklan pertama mungkin keputusan yang tidak difikirkan betul-betul, tetapi sengaja menyiarkan iklan kedua, selepas mendapat maklum balas negatif, menunjukkan Firefly benar-benar fikir tidak mengapa menjadikan wanita sebagai objek, terutamanya anak kapal mereka sendiri. Mengecewakan”. - See more at:

Friday, 11 March 2016

"JANGAN BERLAGAK BIN KUMPAU BIN TAMBIRANG BIN BORRO !" - PEKERJA BUTIK POLO & BONIA TAWAU BERLAGAK

3 comments :

Mohon kepada kakitangan butik Polo dan Bonia di Tawau, Sabah ini, jangan berlagak bin kumpau bin tambirang bin borro. Macam kau punya nenek moyang atok bin bapak kau punya kedai.

Tak kisahlah di Tawau atau di mana-mana. Jangan pandang orang macam tiada apa-apa walaupun pelanggan datang setakat memakai selipar jepun.

Apakah hanya orang yang berpakaian smart sahaja yang boleh masuk ke premis Polo dan Bonia?

Mohon terasa kalau ada rakan-rakan dalam Wechat saya ini yang bekerja di sana atau kawan-kawan atau keluarganya.

Jangan memandang orang seperti tiada apa-apa. Tak kira cara penampilan orang itu buruk mana sekali pun. Kau berkerja sebagai pekerja di butik tersebut. Jadi, buatlah cara seperti seorang pekerja. Bukannya berlagak seperti kedai itu kau yang punya atau ada share di kedai itu atau seolah-olah kau yang buat kedai itu.

Kamu melayan pelanggan dengan yang baguslah tetapi jangan berlagak dan menilai orang dari luaran walaupun mereka memakai selipar cina bukit. - Miss Manja

Wednesday, 9 March 2016

"TAK LOGIK TAPI KPN SAHKAN PENDEDAHAN ZAHID HAMIDI" - KOMEN LAWAK DARI NETIZEN

No comments :

Itulah reaksi dari netizen yang mendengar pendedahan percubaan untuk menculik Perdana Menteri yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat diri, Mohamad Asri A. Bakar, bekas anggota PDRM, memuat naik kenyataan responnya terhadap pendedahan itu tidak masuk akal.

"Kalau saya ada 200 orang terbaik, bersenjata pun saya takkan sebodoh itu nak pergi buat kerja itu. Ini kerana PM dikawal oleh berbelas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang bersenjata pistol automatik hingga ke senjata mesin ringan seperti HKMp6 A2, Uzi dan sebagainya.




"Dia juga ada anggota yang berada pada kedudukan bunuh, yang bersedia menarik PM keluar dari sasaran. Malah kenderaan lain tidak dibenarkan merapati kenderaan PM semasa konvoi kerana esscort keselamatan yang sangat ketat oleh anggota polis terlatih," katanya.

Kenyataan Mohamad Asri itu kini masih viral meluas di media sosial.

Pendedahan Zahid Hamidi itu juga disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan percubaan menculik itu berlaku pada Januari 2015 lalu.

Bagaimanapun, rancangan jahat militan Daesh itu telah berjaya dipatahkan dan anggota militan itu juga telah ditangkap. - SUMBER

"TANPA SIJIL SPM 7A, ABANG JUGA BOLEH BERJAYA"

No comments :

Kepada adik-adik yang dapat keputusan SPM teruk, ini kisah abang.

Adik, dulu keputusan SPM abang pun barai juga. Tetapi abang tak mengalah begitu sahaja. Abang fikir, jika ada ilmu matematik, sejarah, geografi, sains ini semua abang tak pandai, mungkin ada kemahiran lain yang abang pandai.

Abang pernah tanam pokok, buat kerja-kerja kimpalan, berniaga burger. Tetapi bila abang terlibat dalam kemalangan motosikal, abang tak boleh buat kerja berat dah. Jadi, mak abang bantu abang belajar komputer di Cosmopoint supaya bila sudah tamat belajar nanti, abang boleh buat kerja-kerja kerani ke apa ke di pejabat.

Tetapi dalam masa yang sama, abang belajar sambil-sambil dengan software Adobe Photoshop, Illustrator bagai.

Habis dua tahun belajar, abang dapat kerja sunting gambar dengan sebuah syarikat Cina yang buat signboard, gaji RM1,200 sahaja. Sambil-sambil itu, abang belajar membaiki mesin printer gergasi yang digunakan untuk mencetak iklan billboard di tepi jalan itu. Setahun lebih abang bekerja, dapatlah menyimpan duit sedikit untuk kahwin.

Dua tahun abang kerja di syarikat itu, ada boss syarikat jual mesin printer menawarkan abang menjadi juruteknik printer mereka. Abang terima sebab dia tawarkan gaji RM2,500 sebulan.

Alhamdulillah, setahun lebih bekerja dengan syarikat baru ini, abang dapat beli kereta Proton Wira terpakai dan dapat beli sebuah rumah di Shah Alam. Harga rumah pada masa itu murah saja, RM147,000.

Abang suka kerja dengan syarikat kedua ini sebab abang dapat belajar membaiki pelbagai model printer dan memang minat dengan bidang ketukangan ini. Walaupun dulu doktor pernah berpesan yang abang tidak boleh buat kerja berat sebab dalam tulang dan kaki ada besi titanium. Tulang patah akibat kemalangan dulu.

Selepas itu, rezeki abang dimurahkan lagi, rezeki anak kot. Abang dapat tawaran pula menjadi Technical Manager sebuah syarikat pembuat ink untuk printer itu yang juga menjual printer saiz gergasi. Boss syarikat itu menawarkan gaji RM4,000, telefon dan talian percuma, kad petrol tanpa had, kad Touch & Go, kereta syarikat. Syukur alhamdulillah.

Kereta Proton Wira, abang jual. Lepas itu abang beli DSLR. Belajar sendiri di internet dan selalu pergi kenduri kahwin belajar ambil gambar.

Weekday tetap kerja, cuma kerja abang ini tak perlu sentiasa berada di pejabat. Sebab jika printer klien breakdown, abang pergi tengok kakitangan yang repair. Kalau ada kerosakkan besar, abang yang kena uruskan. Jadi, banyak masa abang yang terluang.

Abang belajar macam mana nak shoot gambar yang terbaik. Setahun abang belajar sendiri dan abang mula beranikan diri ambil job wedding.

Sekarang, abang dah jadi wedding photographer yang sudah boleh berdikari sendiri. Abang berhenti kerja manager syarikat pada tahun 2007 dan kini jurufoto sepenuh masa.

Tanpa sijil SPM 7A, abang berjaya kahwin, beli rumah dan terbaru kereta kuning ini. Abang beli dengan titik peluh sendiri dari duit upah ambil gambar orang kahwin. Nombor plate tak sempat nak tempah, guna sajalah WYB1779.

Ingatlah adik, 7A bukan penentu masa depan. Allah pemberi rezeki kepadamu dan dia beri dalam apa jua cara. Doa dan tawakal sentiasa dan jangan malas. - Shazli Sapardin

PENDEDAHAN MESEJ TERSEMBUNYI DALAM WANG KERTAS RM1 & RM5, BUKA MINDA ANDA

1 comment :

Konspirasi demi konspirasi muncul lagi dan kali ini melibat wang kertas RM5 dan RM1 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

10 jam yang lalu, individu bernama Neil Armsteen, memuat naik teori konspirasinya yang mendakwa terdapat mesej tersembunyi dalam dua wang kertas tersebut.

"Mesej tersembunyi pada wang kertas ciptaan Roth, penyembah syaitan. Caranya, temukan bahagian 'transparent' secara bertentangan dan sambungkan kepala burung enggang itu. Dari situ, anda dapat melihat tanduk burung enggang akan menjadi parah dan paruhnya akan menjadi telinga.

"Inilah jawapan mengapa dunia huru hara dengan sistem riba ciptaan Roth. Dunia berperang angkara pihak-pihak bank. Umat Islam berpecah belah angkara sistem demoncrazy. Ekonomi negara dan matawang semakin menjunam kerana wang kertas dicipta oleh Roth, anak haram," katanya.









Menurut Neil, Roth (bahasa klasik Eropah) bermaksud anak sumbang mahram dari keturunan Namrud yang mengamalkan sumbang mahram. Namrud akan mengahwini ibunya sendiri sebagai isteri.

Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild' pada hujung nama mereka. Sebagai contoh, Jacob Rothschild, Baron Rothchild dan sebagainya.

Jelas Neil lagi, dia mendedahkan perkara ini bukan meminta netizen takut pada simbol, tetapi untuk menyedarkan penentang-penentang ilmu fitan agar sel-sel otak mereka berhubung.

"Apakah maksud simbol-simbol ini pada wang kertas? Anda akan mendapat jawapannya. Ilmu-ilmu ekonomi hanyalah satu penipuan. Malangnya, jika kita mahu menyedarkan golongan ini, kita akan dilabel sebagai individu taksub Freemason, paranoid, khurafat dan sebagainya.

"Posting ini khas untuk pelajar-pelajar ekonomi yang menentang kebenaran kerana telah disihir oleh ilmu palsu ciptaan Roth di sekolah dan universiti. Mereka tidak percaya wang kertas adalah sistem Roth," kata Neil.

Percaya atau pun tidak, itu terpulang pada masing-masing untuk menilai dan menerima. Mungkin kebetulan, atau mungkin golongan ini terlebih rajin mengkaji perkara seperti ini. -  SUMBER

AHLI PARLIMEN JADI MINAH REMPIT, NETIZEN MAHU POLIS AMBIL TINDAKAN

No comments :

TINDAKAN bekas Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Noraini Ahmad menunggang motosikal berkuasa tinggi di kawasan Parlimen, Kuala Lumpur telah menarik minat hadirin yang berada di sekitar dan pandangan berbeza di media sosial.

Video yang dimuatnaik dalam portal SuaraTv berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook.

Namun, tindakan tersebut telah membawa kepada kritikan netizen khususnya dalam Facebook yang menganggap perbuatan dan istilah ‘Minah Rempit’ kepada Ahli Parlimen Parit Sulong berkenaan sebagai tidak sesuai.

Walaupun perkataan ‘minah rempit’ itu tidak bermaksud negatif terhadap Noraini, tetapi gara-gara terlalu memandang dari sudut negatif dalam kebanyakan perkara, netizen telah melihat ia suatu yang serong.

Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang meminta pihak Polis menyiasat dan mengambil tindakan keatas Noraini kerana menunggang motosikal tanpa memakai helmet dan menyemak sama ada beliau memiliki lesen ataupun tidak.


UPDATE: NUR HAMIDAH CERITA DETIK CEMAS SEMASA RUNTUHAN HIGHLAND TOWER

No comments :

Tidak siapa sangka, akhirnya bayi yang terselamat ketika tragedi runtuhan Highland Tower 1993 telah berjaya ditemui semula.

Nur Hamidah atau nama panggilannya Mida, yang kini berusia 23 tahun, menetap di Indonesia dan bekerja sebagai seorang jururawat.

Menerusi temubual ekslusif oleh seorang pegawai kanan bomba yang dikenali dengan Nama Taufiq, Nur Hamidah menceritakan saat-saat getir ketika kejadian. Difahamkan, kisah ini diceritakan oleh ibu Mida.

Temubual Ekslusif Nur Hamidah

Taufiq : Bisa ngak Mida ceritakan awal terjadinya runtuhan...?

Mida : Boleh abang. Sewaktu di ruang tamu mida di dukung ibu, ibu mau buka pintu depan mau turun lift... Kemudian sebelum buka pintu bangunan higland tower sudah tumbang...!!!

Taufiq : Jadi adakah ibu masih dukung mida...?

Mida : Masih abang... Mida di dakap sama ibu terus sampai kondominium tumbang...

Terus ibu pengsan... sudah di dalam runtuhan itu dan kemudian ibu terbangun mendengar tangisan Mida abang.

Kemudian ibu menyusui mida sampai 3 jam lebih di dalam runtuhan.

Kemudian mendengar Penyelamat Bomba cakap "hello hello... siapa yang ada di dalam".

Kemudian ibu menjawab "tolong tolong saya dan anak saya ada di dalam... Tolong selamatkan saya".

Kemudian dengan kuasa ALLAH ibu menemukan tongkat di dalam kemudian di jolokkan ke atas setelah itu Penyelamat Bomba mengetahui keberadaan ibu dan mida abang.

Setelah itu di bongkar runtuhan melihat kepala ibu Mida.

Kemudian ibu Mida menyuruh menyelamatkan mida terlebih dahulu baru menyelamatkan ibu

Mida diangkat oleh Pak Norizan dan kemudian smpai di bawah didukung oleh Datuk Zaman Khan... Begitu abang cerita dri ibu mida.

Kisah Nur Hamidah mula menjadi viral apabila salah seorang pegawai bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat meluahkan rasa ingin berjumpa dengan insan yang diselamatkan itu.

Kini, pihak bomba sedang mengusahakan supaya Hamidah dan pegawai bomba berkenaan dapat dipertemukan. - SUMBER

"SUDAHLAH PAKAIAN NIKAH TAK SIAP, KAMI DIHALAU PULA"

No comments :

Sudahlah motosikal saya tidaklah seberapa, dianiaya pula jadi begini.

Saya akan berkahwin pada 18 Mac 2016 di Sabah, tetapi masih lagi mencari pereka baju sebab kami masih tidak ada idea. Kebetulan pergi ke majlis pertunangan kawan tunang saya, Lyana. Selepas itu nampak pula pakaian mereka. Jadi, dari situlah kami mula bertanya dia mana mereka sewa/beli pakaian yang cantik itu.

Maka, dia pun recommend pereka baju tersebut pada tunang saya, Azureen, Zureen Zulkifli Couture, di Seksyen 20 Shah Alam.

Kami berjumpa dengan Azureen selepas kenduri itu untuk berbincang mengenai design dan baju. Kain kami sudah beli awal sebab sudah menetapkan warna tema perkahwinan kami. Cuma bila bab design, kami tiada idea dan tidak tahu nak buat apa. Jadi kami pun meminta nasihat dan kepakarannya.

Setelah berbincang dan bersetuju, kami pun serahkan kain itu kepada Azureen pada 2 Januari 2016. Kiranya, Azureen ada masa dua bulan untuk kerja-kerja fitting dan sebagainya sebelum our big day!

Semasa kain diserahkan, Azureen kata smeuanya okay dan design akan dibuat mengikut apa yang kami mahukan. Semuanya manis sampai kami percaya dan tidak cerewet.

Tunang saya bertanya, bila pakaian kahwin boleh disiapkan, Azureen berkata boleh siap akhir bulan Februari. Di masa itu nanti, boleh fitting dan alter jika perlu. Tetapi bila kami follow up pada 28 Februari, Azureen kata pakaian pengantin perempuan belum mula dijahit lagi dan pakaian pengantin lelaki pula baru siap separuh.

Penjelasan Azureen itu membuatkan kami cuak sebab tarikh perkahwinan kami sudah dekat. Lagi dua minggu kami akan terbang ke Sabah.

Sebelum ini, saya sudah berikan Azureen baju Melayu sebagai contoh untuk dia buat 100% seperti baju tersebut. Malangnya, apa yang saya dapat, tangan besar sebelah. Malah jahitannya juga tidak rapi. Pakaian tunang saya pula langsung tiada diberikan. Azureen memberikan alasan bahawa dia menghidap demam denggi sebelum itu. Mendengar alasannya itu, kami pun terima sajalah sebab bab tidak sihat ini kamu pun faham.

Selepas itu, kami follow up lagi untuk beberapa hari. 1 Mac 2016, Azureen sekali lagi memberikan alasan bahawa kain tidak cukup.

"Tolong belikan, nanti kami bayar berapa saja harganya," kata tunang saya pada Azureen.

Azureen hanya kata "Okay" sahaja.

Bla ditanya pada keesokkan hari, Azureen sekali lagi memberikan alasan yang dia tidak dapat buat mengikut design yang awal-awal kami telah persetujui. Dia menyuruh kami memilih design yang lain.

Mendengar alasan itu, Lyana mula bengang kerana tidak dapat pilihan design yang dia mahukan. Tetapi dia ikutkan sahaja sebab tarikh nak balik ke Sabah sudah semakin dekat dan tidak tamhu menyusahkan Azureen.

Hari Ahad, 5 Mac 2016, Lyana hubungi Azureen untuk bertanya bila boleh fitting pakaian. Azureen kata waktu petang. Bila dah petang, Lyana cuba menghubungi Azureen melalui WhatsApp, namun tidak dibalas. Bila call, tak dijawab. Menjelang malam, barulah Azureen jawab dan memberikan alasan bahawa pakaian Lyana sudah siap dan telah dihantar ke dobi.

Bila ditanya nama dobi dan lokasi butiknya, Azureen berdolak dalih menjawab soalan itu. Jadi, tunang saya berjumpa dengan kawannya untuk mengetahui lokasi kedai Azureen.

Menurut kawannya, Ecah, Azureen hanya beroperasi dari rumah. Jadi kami pun pergilah ke rumah yang dimaksudkan. Namun, Azureen pula mengatakan yang dia tiada di rumah dan ada urusan di rumah atoknya.

"Banyak juga alasan yang dia berikan untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengan kami,"

Semalam, 8 Mac 2016, kami pergilah ke tempat Azureen untuk mengambil baju pada jam 9.30 malam. Bila sampai di depan rumah, Azureen masih belum balik lagi dari mengambil pakaian Lyana dari kedai dobi.

Ibu Azureen menyuruh kami menunggu di luar rumah. Kami datang pun bukannya nak sergah rumah orang tetapi dah kedai Azureen di situ, nak buat macam mana?

Kami pun menunggu dari jam 9.30 malam sehingga jam 12.00 malam, barulah Azureen menampakkan batang hidungnya.

Serta merta Lyana ambil pakaian itu dan periksa kondisinya. pakaian nikah masih berada di dalam beg plastik yang asal ketika kami serahkan kepadanya. Bukannya diletakkan dalam plastik dobi. Nampak sangat Azureen sudah kantoi menipu kami.

"Kenapa macam ni? Kenapa tak siap-siap lagi?" tanya Lyana pada Azureen yang tidak dapat menjawab persoalannya.

Tiba-tiba bapa Azureen keluar dan halau kami balik.

"Dah dapat baju, pergi balik. Aku bakar motosikal kau nanti!"

Saya hanya mendiamkan diri, saya tak campur pergaduhan orang perempuan. Tak semena-mena bapa Azureen datang dan melanggar bahu saya. Saya pun ke belakanglah sikit, manalah tahu menghalang jalannya. Tiba-tiba adik Azureen pula datang ke motosikal saya dan mengambil helmet yang saya sangkut pada side mirror. Adik dia terus pergi ke arah Lyana dan macam nak hentak Lyana dengan helmet saya. Mak Azureen cuba menghalang.

"Baliklah Lyana, dah teruk sangat ni," kata saya pada tunang saya itu.

Bapa Azureen masuk ke dalam rumah seperti mahu mengambil senjata. Adik dia pula entah apa hal tiba-tiba campak helmet saya pada motosikal. Saya baru tegur adik dia, "Bro, helmet," sekali helmet terbang hampir-hampir terkena pada saya.

Kepala otak saya jammed sekejap. Saya ambil helmet dan terus beredar dari tempat itu dengan tunang saya. Mereka siap boleh jerit lagi pada kami.

"Kau reportlah polis pun kami tak takutlah!" katanya.

Dari niat nak mengambil pakaian nikah dah bertukar menjadi babak pergaduhan. Apalah dosa kami ini? Bukan kami mahu mengaibkan pihak dia tetapi cuba bayangkan jika anda mengalami situasi seperti ini?

Jumaat 11 Mac 2016 dah nak terbang ke Sabah, pakaian masih tak ada lagi, Lyana pula menangis tanpa henti sehingga sekarang sebab tak ada baju untuk our big day. - Ibaidillah Othman

SAYU, IBU HARAP IMPIAN ANAK HIDAP KANSER JUMPA ULTRAMAN TERCAPAI

No comments :


IBU mana yang tidak luluh perasaannya apabila melihat anak kecil terdampar menahan kesakitan akibat penyakit kanser darah yang dihidapinya sejak Ogos tahun lalu.

Siti Norhasimah Uprejar, 29, melahirkan perasaan sedihnya dengan permintaan anak bongsunya, Muhammad Hafiq Qayyum yang sangat teringin ingin bertemu muka dengan adiwira popular, Ultraman.


Permintaan adik Hafiq yang disuarakan menerusi laman Faceobook ibu saudaranya yang menggunakan nama Hafiq Qayyum.

Hampir setiap malam sejak disahkan menghidap penyakit Leukimia AML M7 yang kebiasaannya dihidapi oleh orang dewasa, Hafiq Qayyum tidak putus-putus bertanyakan kepada ibunya mengenai harapannya ingin bertemu dengan Ultraman bagi menceriakan harinya.

Wajah ceria adik Hafiq ketika di peringkat awal menerima rawatan Ogos tahun lalu.

Hafiq yang kini berusia dua tahun lima bulan disahkan menghidap penyakit yang dihidapi 5 kanak-kanak dalam 100 penghidap dewasa di seluruh dunia Ogos tahun lalu dan sejak itu hospital menjadi rumah kedua buat diri dan ibunya.

Kini ditempatkan di Wad KK3, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hafiq atau lebih senang dikenali sebagai Ateh hanya terlantar dan bertemankan rawatan kemoterapi bagi merawat penyakitnya itu.

“Hati ibu mana yang tak sedih, setiap malam dia mesti beritahu saya, ‘esok Ultraman datang nak jumpa adik, adik nak tidur dulu”.

“Dan setiap kali itulah, saya terpaksa menipu untuk menyedapkan hatinya, agar dia boleh tidur,” ujarnya ketika ditemui Mynewshub, sebentar tadi.
Adiwira popular Jepun, Ultraman yang diingin ditemui adik Hafiq.

Norhasimah berkata anaknya itu teringin bertemu dengan superhero itu mungkin disebabkan pengaruh cerita Ultraman yang sering kali ditayangkan di kaca televisyen sejak Hafiq dirawat di hospital tersebut.


“Memang ada hubungi orang yang ada kostum tersebut tapi dia cakap buat masa ini kostummnya telah dihantar ke Jepun untuk membuat penambahbaikan, jadi sebab itu usahanya untuk membantu anak saya tak dapat diteruskan buat masa ini.

“Saya hanya berharap ada mana-mana pihak yang mempunyai kostum Ultraman mampu memberikan senyuman dan kebahagiaan buat anak saya,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Hafiq akan melakukan pembedahan transplan sum-sum tulang yang bakal diterimanya daripada abang sulungnya, Muhammad Fakrul Fahmi, 9, yang sesuai dengan dirinya.
Abang sulung Hafiq, Muhammad Fakrul Fahmi, 9, yang akan mendermakan sum-sum tulang kepada adik bongsunya itu.

Pihak doktor pakar akan berbincang secara lebih mendalam mengenai tarikh pembedahan tersebut selepas perbincangan diadakan pada 21 Mac ini.

Hafiq merupakan anak bongsu dari tiga beradik lelaki, bapanya, Abdullah Shaari merupakan seorang penyelia syarikat pengangkutan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Manakala ibunya pula adalah seorang surimah tangga dan sejak Hafiq disahkan menghidap penyakit tersebut, ibunya sering kali menemani Hafiq mendapatkan rawatan kemoterapi.
Hafiq dan ibunya yang setia menemani.

Ketika ibu berada di hospital, kedua-dua abang Hafiq dijaga oleh nenek mereka yang tinggal di Teluk Gong, Selangor.

Sepanjang menerima rawatan di institut terbabit, Hafiq telah menerima kunjungan daripada selebriti terkenal tanah air seperti Anzalna Nasir, Elizad Sharifudin, Lisa Surihani, Yusry KRU dan personaliti TV3, Fiza Sabjahan yang meluangkan masa bermesra dengan si comel yang hiperaktif itu.


Lisa Surihani dan Yusry melawat adik Hafiq.



Anzalna Nasir

Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan kepada adik Hafiq, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Maybank bapanya, Abdullah Ashaari, 162450246179.
 

UPDATE: GILIRAN PRAMUGARI MAB 'BAHASAKAN' CALON TEMUDUGA RAYANI AIR

No comments :



RUNGUTAN calon sesi temuduga syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air yang mencapai status viral di Internet baru-baru ini turut mendapat perhatian di luar alam maya apabila isu tersebut dibincangkan menerusi siaran akhbar dan liputan media elektronik.

Antara keluhan mereka termasuklah kes staf Rayani Air yang dikatakan bersikap kasar dengan menghempas resume, bercakap dengan tona kurang sopan dan ‘mengharamkan’ calon yang memakai pendakap gigi (braces) untuk ditemuduga.

"BUANG MASA PERGI INTERVIEW RAYANI AIR !"
STAFF RAYANI AIR BIADAB, TIDAK PROFESIONAL DALAM SESI INTERVIEW

Ia sekaligus memberi persepsi negatif terhadap syarikat penerbangan tersebut kerana tidak mencerminkan imej yang dipukul canang sebagai ‘Islamik’.

Bagaimanapun, dalam timbunan komen-komen yang memburuk-burukkan Rayani Air itu, terdapat satu pendapat positif yang menarik perhatian.

Ditulis oleh seorang pramugari Malaysian Airlines Berhad (MAB), Zarina Daud, 27, yang menggunakan nama Rina Raggae di laman Facebook miliknya, dia tampil untuk memberikan penjelasan sebenar yang bisa mengubah persepsi umum bahawa kerjaya pramugari bukan sekadar bersandarkan wajah yang cantik sahaja.

Kepada calon-calon yang banyak bersungut tu, ini ‘makannya’!




Terang Zarina, prosedur sebelum menjawat tugas sebagai pelayan di udara itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu melalui tiga peringkat, selain kemungkinan membayar gantirugi jika calon tersebut gagal untuk menamatkan latihan intensif selama tiga bulan yang diwajibkan pihak pengurusan.

Tidak cukup dengan itu, bakal pramugari juga terpaksa menduduki peperiksaan setiap minggu selain mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya tentang alatan penting pesawat, cara-cara untuk melayan penumpang, prosedur keselamatan semasa menghadapi kecemasan dan sebagainya – semua dalam tempoh 90 hari!

Dan untuk membuktikan kemampuan yang sudah terlatih usai kursus persediaan dan melalui pengalaman bekerja, Zarina mampu mengenal sesebuah pesawat milik MAB hanya dengan melihat tempat duduknya sahaja.



Hebat, kan?

Inilah kebolehan yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi seorang pramugari atau pramugara, bukan setakat bermodalkan rupa yang menarik tetapi keazaman dan atitud yang bagus kerana mereka membawa imej syarikat di mata dunia.

Setakat menerima layanan kasar daripada penemuduga sudah melenting, bagaimana hendak layan kerenah penumpang yang bermacam nanti?

Rezeki tidak akan bergolek, adakalanya kita perlu berusaha lebih untuk mencapai hajat yang diingini, termasuklah dalam kerjaya.- SUMBER

Tuesday, 8 March 2016

MAKAN LAMBAT, CIKGU TONYOH MAKANAN DI MUKA PELAJAR AUTISME

No comments :

SIKAMAT - Gara-gara makan terlalu lambat, seorang guru tergamak melumurkan makanan di muka seorang murid istimewa (OKU - Autisme).

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada waktu rehat itu di SK Sikama itu, mangsa lambat menghabiskan makanannya menyebabkan guru terbabit berang lalu melumurkan makanan di muka mangsa.

"Anak, jika direnung dari matamu, tidak terfikir ibu akan nasib yang menimpamu. Kau kuat, kau tabah dan kau masih mampu tersenyum. Kau langsung tidak menyedari apa yang berlaku padamu anak. Hadiah dari Syurga buat ibu. Moga Allah akan membalas akan setiap penganiayaan ini," luah Jeffima di Facebooknya.

Sementara itu, guru wanita terbabit enggan mengaku berbuat demikian dan cuba mempertahankan diri.

"Dia tidak mahu mengaku sedangkan ramai pelajar yang menyaksi kejadian itu. Budak-budak semua takut pada cikgu itu. Mereka kata cikgu itu garang gila," kata Jeffima.

Tindakan guru terhadap pelajar autisme itu tidak dapat diterima oleh ibu mangsa yang akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis. - SUMBER

GAMBAR SULTAN MIZAN DUKUNG KUCING EKSOTIK JADI VIRAL

No comments :
GAMBAR Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mendukung seekor kucing eksotik telah menarik perhatian ribuan pencinta haiwan comel berkenaan menerusi laman sosial.

Kucing yang dimaksudkan itu berasal daripada keluarga Caracal, sejenis spesies kucing liar yang lazimnya mendiami kawasan berbatu dan gurun di negara-negara benua Afrika, beberapa negara Asia khasnya India.

Nama jenis kucing unik ini malah berasal daripada perkataan Turki iaitu “karakulak“, yang bermaksud telinga hitam. Carcacal juga dipanggil Lynx padang pasir, kerana ada ciri-ciri persamaan dengan kucing liar berkenaan.

Haiwan berkaki empat tersebut kebiasaannya mempunyai beberapa ciri menarik terutama bulu warna hitam unik yang lentik pada hujung telinganya dengan ukuran sepanjang 4.4 sentimeter.

Selain badan yang dipenuhi bulu cantik berwarna emas kemerah-merahan, ia turut mempunyai purata berat sebanyak 18 kilogram buat seekor Caracal jantan dewasa.

Kucing yang amat eksotik ini dikategorikan sebagai ‘kucing kecil’ yang paling besar di Afrika. Pasti anda tertanya-tanya berapakah harga haiwan terbabit bukan?

Menerusi tinjauan di sebuah akaun Facebook yang menjalankan bisnes kucing eksotik di Malaysia, iaitu Laman Khazanah Rimba Cattery, harga semasa buat kucing diimport Amerika Syarikat ini dijual pada harga RM150,000.

Maka amat jelas di sini, harga ‘tidak mampu milik’ berkenaan menunjukkan hobi membela kucing Caracal ini merupakan amalan kegemaran buat golongan-golongan ternama. – SUMBER

GERAI HIPSTER MAKAN LAKSA, MEE KARI GUNA STRAW (3 GAMBAR)

No comments :

ZAMAN sekarang ni kalau nak buat business, fikiran mesti kreatif agar mampu mengeluarkan produk-produk yang unik dan berupaya menarik perhatian orang ramai.

Kalau kita buat business sama je dengan orang lain, kemungkinan ia tidak begitu berjaya mendapat perhatian dalam kalangan pelanggan sasaran kita.

Sebagai contoh, ada satu gerai di Baling, Kedah yang mengamalkan konsep makan laksa utara dan mi kari dalam cawan plastik dengan menggunakan straw.

Wow, hipster habis tu! Langsung tidak pernah dibuat orang.

Laksa dan mi kari sedut hanya dijual dengan harga RM2.50 dan gerai itu turut menjual minuman selain menyediakan tempat untuk menjamu selera di situ.

Macam menarik je kan konsepnya, jadi buat anda yang tinggal berdekatan, jangan lupa singgah di Simpang 3, Jerai, Kupang, Baling untuk merasai sendiri kelazatan laksa dan mi kari sedut dengan menggunakan straw sahaja. –




AKSI PELAJAR PEREMPUAN PANJAT PAGAR JADI VIRAL DI FACEBOOK

No comments :

Aksi sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah memanjat pagar menjadi viral di laman sosial sejak pagi tadi.

SEKEPING gambar memaparkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah memanjat pagar menjadi viral di laman sosial sejak pagi tadi.

Perlakuan pelajar-pelajar berkenaan yang lengkap memakai uniform sekolah dikatakan dirakam berhampiran Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Menurut komen, aksi pelajar termasuk yang perempuan lengkap berbaju kurung dan bertudung panjat pagar di situ adalah pemandangan biasa kerana ianya adalah ‘short cut’ untuk masuk ke kawasan Flat Bukit Jambul, selain digunakan pelajar yang ponteng sekolah.

Pada pendapat kami “short cut tak short cut”, ini adalah sesuatu yang membahayakan terutama buat kaum perempuan seperti para pelajar ini.

Ampa silap langkah sikit ja, abih koyak suma…!