Maniam

unclemaniam.blogspot.com

Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Friday, 11 March 2016

ANAK DIKANDUNG ANAK LUAR NIKAH, LANA NORDIN MENGAMUK

No comments :

Berkongsi berita beliau sudah selamat bersalin puteri pertamanya bersama suami Daud McKienzie, Lana Nodin masih lagi menerima pelbagai kritikan daripada sesetengah netizen.

Ada yang mempersoalkan status sebenar anak perempuannya itu, siapa kira bila tarikh nikah Lana sehinggalah tarikh bersalin. Pergh, sampai macam tu sekali mereka hendak siasat.

Antara komen yang diterima ialah Lana sudah mengandung sewaktu beliau berkahwin dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, tidak semua berfikiran negatif seperti itu. Beberapa pengikut Instagram mempertahankan Lana dan mempercayai kadang-kala kiraan seseorang itu tidak betul.







Mengenai mereka yang mempertikaikan status anaknya, Lana menerusi ruang komen di akaun Instagram miliknya berkata beliau dan suami tidak akan memaafkan mereka yang menghina anaknya sehingga ke akhir hayat.

Berikut adalah komen penuh Lana :-

Ni la manusia…bila kita dah share berita, macam2 spekulasi macam2 benda buruk akan keluar….tak boleh ke tumpang gembira utk kami sekeluarga???ini baru je dlm my insta….dlm blog, social media yg lain??…macam2 duk jaga tepi kain cari mane silap nak jadi keyboard warrior…apa motif duk kira bulan la tarikh kawin bagai apasal??so ada point korang Nak menuduh or buat citer lagi panas lagi laris gossip tu??

Just FYI pada sesiapa yg komen buruk pasal anak i bukan saje di sini malah di blog2, di social media yg lain, sy dan suami takkan maafkan anda sehingga la hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf pada kami terang2 seperti mana anad buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walaupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga sy…






Before this, org mengata, mengutuk sy, sy boleh telan dan move on…but this time pasal anak sy, I WILL NO LONGER BE QUITE!!… Why can you just be happy and doa yg baik2 for us instead sibuk cari buruk org? To all bloggers, keyboard warrior also, we want to say tq for ur bad speculation and mean harm writing or comment.

Like i said, me and my husband will never forgive someone like u because ur buah mulut, fitnah yg merosakkan maruah anak tak berdosa. But to all my fans who really sincere to us, sy sekeluarga ucapkan terima kasih atas doa2 dan ucapan tahniah pada kami, insyallah bile sampai masa yg sesuai, sy dan suami akan memperkenalkan baby Gia pada semua…terima kasih dan salam semua.

Mungkin Lana Nodin sebelum ini dilabelkan sebagai gadis “liar” tetapi itu semua kisah dahulu. Manusia itu boleh berubah dan tidak dapat dinafikan Lana sudah menjadi wanita yang lebih baik daripada sebelumnya. Janganlah terus anggap seseorang itu negatif sehingga ke akhir hayat. Diri kita ini belum tentu lagi sempurna.

"SCHA NI ISLAM KE TIDAK ?"

1 comment :

Scroll2 gambar kat laman Instagram, tiba-tiba mata terus stop kat satu gambar.. Nak tahu gambar apa? Gambar Scha Al-Yahya dengan anaknya iaitu Lara Alana.. Memang dua beranak ni comel, itu tidak dapat dinafikan..

Tapi, seksi sangat kot dok berpakaian macam tu.. Yang maknya pun seksi, diajar pulak anak yang masih kecil tak tahu apa-apa berpakaian seksi macam itu.. Itulah orang dok cakap, nak didik anak, biar dari kecik-kecik..




Kalau dah waktu kecik tak diajar dengan sikap malu untuk tayang aurat kat orang sana sini.. Besok lusa anak tu dah besar, keluar rumah pakai seksi jangan dok marah pulak.. Tapi, tulah maknya pun seksi, takkan nak suruh anak pakai tudung pulak kan.. Macam pelik pulak.. Hahaha..

Sampai ada peminat yang tegur kot, yang Scha ni sebenarnya agama islam ke tidak?? Sampai tak tahu halal haram berpakaian seksi macam tu.. Itulah yang selalu dok dengar orang cakap, pada IC saja tulis beragama Islam.. Tapi, kalau tengok dari segi pakaian dan penampilan,dah tak menggambarkan diri tu Islam..

Malu la wei bila sampai orang dok pertikai agama kita, kalau orang yang tanya tu pulak orang bukan beragama Islam lagi la bertambah-tambah malu dia.. Dah jadi mak orang dah pun, ajar la anak tu berpakaian elok sikit.. Nanti anak dah besar panjang baru nak suruh tutup aurat, payah dah la anak tu nak dengar cakap..  SUMBER

RUPANYA ELLY MAZLEIN SUDAH BERCERAI TAHUN LALU

No comments :

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, baru saja menerima cahaya mata pertama semalam, rupa-rupanya ada perkhabaran yang tidak begitu mengembirakan di sebaliknya.

Lapor Harian Metro, Elly Mazlein sendiri mengesahkan bahawa beliau telah pun bercerai talak satu dengan suaminya, Azmi Hatta, tahun lalu. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan punca perceraian mereka kerana tidak mahu mengaibkan bekas suami.

"Cukup sekadar saya beritahu yang saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan perkara itu.

Menjawab pada persoalan mengapa baru sekarang didedahkan mengenai status hubungan mereka itu, Elly berkata, "Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,".

Tambahnya lagi, beliau perlu kuat berdepan dengan semua dugaan ini dan tidak mahu menjadi perkara itu sebagai penghalang untuk beliau meneruskan hidup. - SUMBER

Wednesday, 9 March 2016

GAMBAR FATIYA SELFIE DENGAN JASAD ARWAH ATUK BARU MENINGGAL DIKECAM NETIZEN

No comments :

Apa yang berlaku di Instagram sangat kecoh hari ni apabila Fatiya Latiff upload gambar bersama arwah atuknya yang telah kembali ke Rahmatullah.. Tapi peminat memberikan komen-komen yang tidak masuk akal dan tidak faham status Fatiya.. Apa pun, Salam Takziah Buat Fatiya Latiff dan keluarga,,Al-Fatihah..




CHEF REALITI TV MENTAH !

No comments :

SEBUT sahaja nama Datuk Chef Wan pasti ramai yang kenal dan terhibur dengan celoteh dan gelagatnya setiap kali muncul di kaca televisyen mengacarakan program berunsurkan santai atau masakan.

Chef Wan atau nama sebenar beliau Redzuawan Ismail, 58, bukan sahaja pakar dalam bidangnya, namun beliau juga terkenal dengan sifat lantang bersuara.

Ia sekiranya terdapat isu-isu yang dirasakan penting untuk beliau mengeluarkan pendapat atau komen, apatah lagi berkaitan bidang masakan yang merupakan kepakaran beliau.



Menerusi sebuah portal akhbar online, Chef Wan berkata golongan cef selebriti hasil daripada program realiti yang tumbuh bagaikan cendawan hari ini tidak membantu dalam melahirkan seorang cef selebriti yang berkualiti.

Menurut Chef Wan, untuk menjadi seorang cef selebriti, seseorang itu haruslah mempunyai pengalaman yang luas, latihan yang baik dan mampu berkomunikasi baik serta berkarisma apabila berhadapan dengan kamera.

Rata-rata chef selebriti yang lahir daripada program realiti masih mentah dan kurang berpengalaman serta memerlukan tunjuk ajar yang lebih, tidak mudah untuk menjadi chef selebriti, jelasnya kepada portal itu.

Memenangi sesebuah program realiti masakan tidak melayakkan seseorang untuk bergelar cef selebriti. Kesannya, ramai cef selebriti yang ada hari ini tidak dapat bertahan lama dalam industri ekoran kekurangan kriteria di atas.



Tambah Chef Wan lagi, kelantangan dan keterbukaan beliau dalam menyuarakan pandangan di laman media sosial adalah bertempat dan tidak menggunakan media sosial untuk meraih perhatian atau tujuan komersial.

Bagi beliau, prinsipnya mudah, seandainya ada pihak yang tidak suka akan pandangannya, itu bukan masalah bagi dirinya tetapi masalah orang itu sendiri. – SUMBER

Tuesday, 8 March 2016

KIM K JADI SENSASI INTERNET DENGAN GAMBAR SELFIE BOGEL

No comments :


SOSIALIT terkenal, Kim Kardashian West sekali lagi meraih perhatian penduduk dunia dengan gambar selfie bogel terbaharu yang dikongsikan menerusi laman sosial Instagramnya, semalam.

Menulis kapsyen, “When you’re like I have nothing to wear LOL” (bila anda tiada pakaian nak pakai), foto sensasinya itu telah menerima sebanyak 1.2 juta likes.

Malah lebih 230,000 komen ditinggalkan oleh para pengikutnya yang kini mencecah sebanyak 62.6 juta.



Kim bagaimanapun mengedit bahagian alat sulit dan payudaranya dengan meletak kotak hitam agar gambarnya itu tidak kelihatan terlalu ‘keterlaluan’ untuk dijadikan santapan mata buat para pengikutnya.

Kegilaan Kim mendedahkan tubuh badannya bukan satu perkara asing memandangkan dia sebelum ini pernah berbogel untuk muka hadapan majalah Paper pada Jun tahun lalu. –  SUMBER

Monday, 7 March 2016

UQASHA SENROSE DISAMAKAN DENGAN HANDSOME SQUIDWARD

No comments :

Semalam, pengendali laman Himpunan Cerita Lawak, memuat naik gambar 'Handsome Squidward' dengan kapsyen, "Uqasha Senrose", mengundang banyak kritikan netizen.

Gambar tersebut disamakan dengan Uqasha kerana bentuk pipi kedua-duanya yang cengkung dan bibir mungil kelihatan agak serupa.

"Kalau tak suka Uqasha Senrose, janganlah sampai memperlekehkan dia seperti ini. Siapa kita untuk mengutuk ciptaan Allah? Kita semua sama saja," kata Ayura Arryan.

Rata-rata netizen menganggap pengendali laman itu cuba mengaibkan pelakon wanita terbabit.

Bagaimanapun, pengendali laman itu tampil meminta maaf dan menyatakan bahawa mereka hanya bergurau sahaja.

"Sorry, kita gurau jew," katanya.

Apa yang menariknya, gambar itu telah menarik perhatian tuan empunya badan yang turut meninggalkan komennya di situ.

"Apa ni?" kata Uqasha yang disertai dengan emoticon terkejut.

Mujurlah Uqasha tidak berasa kecil hati dengan gurauan pengendali laman tersebut. Uqasha yang dahulunya agak berisi sedikit di bahagian pipi, kini semakin kelihatan semakin kurus. Namun keayuannya tetap terserlah. - SUMBER

Sunday, 6 March 2016

ADIRA KEGURURAN KANDUNGAN ? (3 GAMBAR)

No comments :

Menerusi laman Instagram Dato Red, dia memuatnaik gambar berpegangan tangan serta meletakkan emoticon wajah menangis, botol susu serta tanda pangkah seolah kandungan isteri keduanya, Adira Suhaimi mengalami keguguran.

Bukan itu sahaja, malah laman Instagram adira (adira_red) juga dilihat sudah di delete tanpa diketahui sebabnya.

Bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya kami belum pasti kerana hanya Adira dan suaminya sahaja yang boleh mengiyakan berita sedih ini.



Jika benar berita ini, takziah kami ucapkan buat Dato Red dan Adira.




Instagram Adira kini sudah di delete


SUMBER

FAIZAL AF4 MENGAKU KEHILANGGANNYA GARA-GARA TERLIBAT DENGAN DADAH

No comments :

FAIZAL, satu ketika dahulu pernah menjadi fenomena selepas memenangi program realiti Akademi Fantasia musim ke 4. Dikenali dengan nama Faizal AF4, bintang penyanyi itu hanya bersinar sekejap sahaja. Selepas itu Faizal hilang entah ke mana.

Ada desas-desus yang menyatakan Faizal terlibat dengan gejala dadah, namun tidak pernah ada sebarang pengakuan dilakukan.

Setelah sekian lama menghilangkan diri, Faizal AF4 muncul dan berkongsi kisah kehidupannya.

Sesungguhnya apabila seorang manusia mendapat kesenangan dan wang yang banyak dalam sekelip mata, memang banyak benda baru yang akan dicuba. Masa inilah kawan-kawan ‘sejati’ mula mencadangkan penggunaan dadah. Ditanya tentang kebenarannya terjebak dngan najis dadah, ini jawapan Faizal AF4:-

Ya saya terjerumus dengan benda negatif. Terjebak dengan sesuatu yang sia-sia dan memusnahkan hidup. Apabila berduit, saya mula terpengaruh dengan kawan-kawan, akhirnya hidup saya seperti kain buruk. Disebabkan terlalu mengikut kata hati, saya mencuba benda negatif, kononnya untuk mengecapi kehidupan baru tetapi kesannya cukup buruk.

Dulu saya umpama tidur atas duit. Setiap bulan saya menerima pendapatan berpuluh ribu, cukup lumayan. Ketika itu saya hanya budak kampung yang diangkat sebagai juara. Usia masih muda, disanjung dan dipuja, saya seperti terkena kejutan budaya dan akhirnya mula lupa diri.

Ketika itu tiada siapa pun yang cuba menarik saya daripada lembah hina dan kehancuran. Hidup saya makin terumbang ambing. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa. Semuanya kerana kesilapan sendiri. Saya masih muda ketika itu, belum kenal erti kehidupan. Penderitaan mengajar saya erti hidup dan kematangan.

Untuk makluman, Faizal AF4 kini sedang menjalani kehidupan sebagai seorang suami buat kali ketiga. Perkahwinan dua kalinya sebelum ini berakhir dengan penceraian kerana masalah dadahnya. Isteri ketiganya, Sahidatul Najida Ibrahim, 20 tahun adalah sumber kekuatan buat Faizal menjalani kehidupan baru. Kata Faizal lagi:-

Ia perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada permulaan isteri kerap menangis kerana perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang ingin melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia. Saya tidak mahu melihatnya menderita lagi. Tanpa sokongannya dan rakan kongsi perniagaan, Linda Mohd Shariff, kehidupan saya mungkin masih terumbang-ambing.

Mungkin saya tidak mewah, tetapi apa yang ada hari ini cukup untuk membahagikan isteri dan keluarga. Saya bersyukur isteri yang kini hamil tiga bulan menerima saya seadanya malah tidak pernah berputus asa untuk melihat saya kembali pulih.

Semoga Faizal benar-benar insaf kali ini dan tidak akan terjebak dalam gejala dadah semula. Setiap orang ada perjalanan hidup yang tersendiri.

Semoga kita belajar daripada kesilapan mereka. Good luck and all the best buat Faizal. Jangan sia-siakan peluang kali ini. Semoga terus maju jaya. – Berita Harian 

MENGAPA ANAK FAUZI NAWAWI JADI JURA MENTOR WALAUPUN BUKAN PILIHAN ?

No comments :

Terbongkar! Punca Sebenar Anak Fauzi Nawawi Berjaya Menjuarai Mentor Milenia 2016 Walaupon Bukan Pilihan







Terbukti Fareez memberi persembahan luar biasa dipentas final walaupon bukan pilihan untuk juara Tahniah

SHAH ALAM : Program realiti Mentor Milenia menyaksikan Fareez selaku protege kepada Hazama muncul juara pada persaingan akhir yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan, 18, yang menjadi satu-satunya harapan mentornya, Hazama ke peringkat akhir mendapat tempat pertama dan membawa pulang wang sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Manakala, Qody atau pemilik nama lengkap Rossaidi Abdul Rani,21, membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi menjadi kemuncak persaingan sengit selepas enam minggu berentap. Pemuda dari Kedah itu menepis protege Black yang juga rakan seperjuangannya, Wanie di tempat ketiga. MUHAMMAD Fareez Hazwan (kiri), Rossaidi Abdul Rani dan Wanie. Menjadi satu-satunya peserta wanita yang membolosi peringkat akhir, Wanie atau nama penuhnya, Nurul Syazwanie Mohd Basri,21, membawa pulang wang sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Pemarkahan pada peringkat akhir ditentukan menerusi 50 peratus juri profesional, 20 peratus juri awam manakala undian peminat menerusi laman sesawang mewakili 30 peratus. Terdahulu, dua pesaing iaitu protege Akim dan Azlan & The Typewriter terhenti langkah pada persaingan separuh akhir, Ahad lalu. Mentor Milenia yang dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menampilkan vokalis Search, Amy Search, komposer Ajai dan Azmeer selaku juri profesional jemputan.

EIZLAN YUSOF TERTEKAN DENGAN ISU BEKAS ISTERI ZIZAN

No comments :

AKTOR Datuk Eizlan Yusof mengakui dirinya masih trauma dengan perpisahannya bekas isteri, Vie Shantie Harun malah hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana wanita lain.

“Tipu kalau saya cakap tiada wanita yang cuba dekati saya buat masa ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, ya saya akan layan. Tetapi kalau lain macam sahaja caranya, saya akan jauhkan diri”

“Jujur saya katakan, parut akibat luka perpisahan ini masih belum habis sepenuhnya. Masih terbayang-bayang bagaimana keadaan itu membuat hidup saya seperti orang gila.”



“Waktu itu perniagaan saya sedang berdepan dengan beberapa masalah, perpisahan itu benar-benar membuatkan situasi menjadi lebih teruk.”

Eizlan juga memberitahu dirinya berasa tertekan apabila bekas isterinya itu pula sering digosipkan keluar bersama dengan aktor komedi Zizan Razak.

“Ramai pihak seperti meia dan orang luar bertanyakan saya hal itu. Bila terlalu kerap ditanya, ia menjadi tekanan sedangkan perkara itu bukan urusan saya.

“Dia bukan lagi tanggungjawab saya, dan bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya rasa dah tiga kali saya mengutarakan hajat untuk rujuk kembali, tetapi tidak dapat sebarang respon. Jadi saya faham akan maksudnya”. – SUMBER

Saturday, 5 March 2016

FOUZIAH GOUS DIDAKWA DENGKI DENGAN GAUN PENGANTIN ANZALNA

No comments :

SEBELUM ini bertebaran khabar angin mengatakan seorang aktres menghasut pereka fesyen yang mereka gaun pengantin pelakon Anzalna Nasir agar mereka busana itu secara ala kadar sahaja.

Dan tidak semena-mena nama Fouziah Gous dikaitkan sebagai pelakon yang cemburu dengan gaun Anzalna itu.

Tidak cepat melatah dengan dakwaan itu, Fouziah yang dilaporkan portal hiburan tempatan malah menyifatkan perkara itu adalah suatu hal yang mengarut dan tidak betul sama sekali.

“Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut.

“Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan Cosry.

“Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di laman Instagram saya, saya rasa mereka tak pandai baca.

“Terus-terang saya letakkan hashtag baju pengantin ‘win’ (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau. Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mereka yang tersendiri pada hari perkahwinan mereka,” katanya.

Siapalah yang bawa mulut tu kan… Tak mungkinlah Fouziah cemburu dengan Anzalna sebab jika diperhatikan mereka memang rapat di antara satu sama lain.

Mungkin Fouziah bergurau je kot, tapi tak pasal-pasal orang ingat dia cemburu. Macam-macam hal.. – SUMBER

HAIZA TIRU FARAH FAUZANA ?

No comments :


SEPERTI ramai sedia maklum, Haiza kini merupakan penyampai radio Kool FM, stesen radio yang berada di bawah naungan Media Prima Berhad.

Haiza yang bergandingan dengan AG di slot pagi Kool FM bagaimanapun memberitahu, dia enggan dirinya dibandingkan dengan bekas penyampai Hot FM, Fara Fauzana.

Ini kerana dia pasti ada pihak yang akan membandingkan dirinya dengan Fara yang merupakan gandingan AG sebelum ini di Hot FM.

Pelantun lagu Dag Dig Dug ini memberitahu sebuah portal hiburan, dia sedar akan komen-komen yang mengatakan suara dan bunyi ketawanya seakan-akan Fara.

Namun bagi Haiza, Fara lebih berpengalaman, pernah menggondol beberapa anugerah serta merupakan penyampai radio yang tersohor dalam kalangan pendengar radio tempatan.

Justeru dia berasakan penglibatan Fara dalam bidang penyiaran sangat jauh ke hadapan berbanding dirinya yang masih banyak perlu dipelajari.

Menurut Haiza lagi, Fara antara individu pertama yang bertemu dengannya dan memberi kata-kata semangat untuk menggalas tugas sebagai seorang penyampai radio.

Selain memberi kata-kata semangat, Fara turut berkongsi pengalaman sewaktu menjadi penyampai radio serta berkongsi pelbagai nasihat baik dari segi penyampaian radio, penggunaan media sosial dan banyak lagi.

Selain menyertai stesen radio Kool FM, Haiza kini dalam proses mengeluarkan single terbarunya yang berentak slow rock. – SUMBER

Friday, 4 March 2016

GAMBAR CHE TA BERPURDAH KE MEKAH DIKECAM NETIZEN

No comments :

Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi tumpuan sekali lagi. Tindakan pelakon dan usahawan ini memuatnaik beberapa keping gambar sebelum berangkat menunaikan umrah bersama keluarga menjadi bualan hangat.

Che Ta mengenakan purdah yang jarang dan terus mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai terutama dari peminat setia dan juga haters yang berperang mulut.

Perkara tersebut turut mencipta perbalahan hangat di laman sosial dan Che Ta belum lagi memberi sebarang reaksi balas tentang hal itu.

Ini antara komen balas dari follower Che Ta:





Semoga Che Ta sekeluarga selamat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. InsyaAllah

Thursday, 3 March 2016

TAHNIAH, GILIRAN HAFIZ SUIP BAKAL KE JINJANG PELAMIN

No comments :

PENYANYI Hafiz Suip, 26; dihantui perasaan gementar dan gemuruh menjelang majlis pernikahannya dengan pasangan Nureffy Jasreel Abdullah, 22; yang bakal berlangsung pada 14 Mei depan.

Mereka berdua telah melangsungkan pertunangan pada 27 Februari tahun lepas.


Hafiz dan pasangan Nureffy

Perasaan itu hadir tatkala masa tinggal berbaki dua bulan sahaja lagi, bukan hanya Hafiz yang berasa sedemikian, kami percaya semua bakal pengantin yang ingin melangkah ke fasa baharu turut menghadapi situasi sama, baik di pihak lelaki mahupun perempuan.

Menurut beberapa laman portal gosip terkenal tanah air, Hafiz akui gementar kerana semua tanggungjawab yang dipikul oleh bakal bapa mertuanya akan berpindah ke bahunya.

Pada masa yang sama menyaksikan adik dan rakan baiknya Akim yang baru sahaja mendirikan rumah tangga menambahkan debaran dihatinya.

Walau apapun, dia akan bersedia dari segi mental dan fizikal jelasnya kepada portal tersebut.

Tambah Hafiz lagi, majlis yang bakal diadakan adalah secara bersederhana sahaja, kerana baginya apa yang penting adalah ijab dan qabul serta menfokuskan bagaimana untuk meneruskan kehidupan setelah berumah tangga.

Majlis ijab dan qabul akan diadakan di kampung halaman mereka iaitu di Kuching, Sarawak.

Menurut kata juara Akademi Fantasia Ketujuh ini, persediaan untuk hari bahagia mereka kini berbaki 30 peratus sahaja lagi. Hanya tinggal mecetak kad jemputan dan senarai tetamu-tetamu yang bakal hadir sahaja.

Hafiz memilih tema ‘garden wedding’ untuk persandingan beliau nanti. Majlis akad nikah akan berlangsung pada sebelah siang manakala majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.

Keesokannya adalah majlis bertandang memandangkan mereka berasal dari negeri yang sama bagi memudahkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam pada dihimpit perasaan gemuruh dan gementar, Hafiz juga berkongsi perkembangan terkini beliau yang turut sama dalam konsert ulang tahun ke – 20 Dato’ Siti Nurhaliza and Friends yang akan diadakan pada April ini.



Menurutnya, konsert tersebut akan menampilkan penyanyi pujaan Malaya Dato’ Siti Nurhaliza dan beberapa artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, artis dari seberang seperti Chakra Khan, Afgan dan artis antarabangsa Anggun, jelas beliau kepada portal tersebut. –

KOMEN DATO SITI NURHALIZA TENTANG KEMENANGAN AYDA JEBAT

No comments :

PENYANYI nombor satu dan tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin, 37, akui tidak kecewa dengan kemenangan Ayda Jebat dalam anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016) yang lalu.

Malah kemenangan Ayda pada malam itu diterima positif olehnya. Menurut Siti, kemenangan pada malam tersebut adalah kerana undian peminat dan bukannya keputusan juri professional.

Bagi Siti, anugerah tersebut berbeza dengan Anugerah Industri Muzik (AIM), kerana AIM merupakan satu anugerah yang melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Malah para juri terdiri daripada ketiga-tiga negara berbeza pula dengan anugerah pada malam itu, kemenangan diraih adalah berdasarkan undian peminat.

Menurut sumber dari sebuah portal hiburan, Siti tidak kecewa dengan keputusan itu malah menerima baik akan keputusan itu, namun sebaliknya jika di Anugerah Industri Muzik.

Anugerah tersebut adalah bertujuan untuk mendekatkan peminat dengan artis pujaannya dan sebagai penghargaan para peminat mengundi artis pujaan mereka di dalam setiap kategori yang tercalon.

Menurusi kategori Penyanyi MeleTOP itu, Ayda bukan sahaja menewaskan penyanyi bersuara lunak tersebut malah turut mengalahkan Akim Ahmad.

Bagaimanapun kemenangan Ayda Jebat pada malam itu telah mendapat respon daripada netizen dan peminat Siti yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Antara komen-komen yang memenuhi timeline Twitter pada malam itu:





Bagi Siti, dia tidak mahu mengulas mengenai keputusan tersebut dan mengerti apa yang peminat-peminatnya rasa setelah berhempas pulas mengundi tetapi keputusan tidak seperti yang diharapkan.

Bukan sahaja netizen dan peminat Siti yang mempertikaikan pemenang-pemenang pada malam itu. Terdapat juga dalam kalangan artis yang menyuarakan pandangan sinis terhadap para pemenang.- MYNEWSHUB.CC



NAMA SEBENAR DALAM IC 10 SELEBRITI MALAYSIA

No comments :

Tak sangka bukan? hehe